Friday, June 11, 2010

Cintailah Yang Maha Mencintai

Assalamualaikum...mengenai topik yang telah tertulis di atas..pastinya hati-hati insan yang membacanya kan bergetar dan bersemangat untuk membaca isi di dalamnya.Semakin hari,semakinku rasakan hati ini semakin tenang pabila hatiku ini semakin tertaut kepada Allah.Sebelum ini,diriku sering tertanya-tanya dimanakah cinta yang sejati,bagaimanakah cara untuk mendapatkan cinta Allah?
Namun setelah mataku tertumpu kepada sebuah kitab yang bertajuk,'Berdialog kepada Allah melalui solat',saya mula mengenali cinta yang sejati.Bermula daripada saat itu,saya hanya menetapkan di dalam hati saya bahawa saya hanya akan berikan cinta saya 100% kepada ALLAH.HANYA KEPADA ALLAH.Dan sehingga kini,hati saya masih belum terbuka luas buat insan yang bernama lelaki.Misi hidup saya adalah Mencari keredhaan Allah.Setiap perkara yang saya lakukan InsyaALLAH,saya akan pastikan bahawa ia adalah satu ibadah.Cinta kepada manusia,saya masih belum dapat menerima apatah lagi membalasnya.Walaupun terdapat manusia yang mengetuk pintu hatiku ini,namun hati masih tertaut pada Allah,Sesunguhnya,hanya dengan mencintai Allah,saya dapat menemui dan merasakan kedamaian,ketenangan,dan keamanan hidup di dunia.Haruskah saya mencari atau menerima cinta insan ?

No comments:

Post a Comment